Meneruskan Perkhidmatan di Waktu Sulit


Daftar Pemandu Grab

Grab – Meneruskan Perkidmatan di Waktu Sulit

Berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 Mac – 14 April 2020, kami memahami kerisauan anda tentang perkembangan dalam tempoh masa dua minggu yang akan datang.

Oleh itu, kami harap dengan laman ini dapat memberikan sedikit pencerahan
kepada anda. Teruskan merujuk laman ini untuk mendapatkan maklumat rasmi
daripada kami mengenai info dan produk terkini dalam masa dua minggu
akan datang.

Pertama sekali, kami ingin memaklumkan bahawa SEMUA perkhidmatan kami —
GrabFood, GrabMart, Pengangkutan dan GrabExpress — diklasifikasikan
sebagai ‘Perkhidmatan Perlu’ oleh Kerajaan. Justeru itu, anda masih
dibenarkan untuk beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Sekiranya anda ditahan di sekatan jalan raya, sila tunjukkan dokumen berikut kepada pihak berkuasa: Surat Pengesahan daripada Grab dan Peraturan Kerajaan. Kami menyarankan anda untuk memuat turun dokumen-dokumen ini di dalam telefon anda untuk rujukan pada bila-bila masa.

Di samping itu, kami ingin sekali memaklumkan bahawa kami komited dalam memastikan rakyat Malaysia yang bergantung kepada platform kami sebagai sumber pendapatan dapat meneruskan perkhidmatan mereka. Bersama-sama kita berusaha untuk memenuhi keperluan harian rakyat Malaysia sambil menjaga kesihatan.

Masa Operasi GrabFood

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan, kami telah mengemaskini masa operasi jenis perkhidmatan GrabFood:

  • Lembah Klang: 7:00AM – 12:00AM (pesanan terakhir 11:30PM)
  • Johor Bahru: 7:00AM – 7:00PM (pesanan terakhir 6:30PM)
  • Melaka: 7:00AM – 7:00PM (pesanan terakhir 6:30PM)
  • Penang: 7:00AM – 8:00PM (pesanan terakhir 7:30PM)
  • Kota Kinabalu: 7:00AM – 5:00PM (pesanan terakhir 4:30PM)
  • Kuching: 7:00AM – 7:00PM (pesanan terakhir 6:30PM)
  • Ipoh: 7:00AM – 7:00PM (pesanan terakhir 6:30PM)
  • Miri: 9:00AM – 7:00PM (pesanan terakhir 6:30PM)
  • Bintulu: 9:00AM – 7:00PM (pesanan terakhir 6:30PM)
  • Negeri Sembilan: 9:00AM – 8:00PM (pesanan terakhir 7:30PM)
  • Sungai Petani: 9:00AM – 8:00PM (pesanan terakhir 7:30PM)
  • Alor Setar: 9:00AM – 8:00PM (pesanan terakhir 7:30PM)
  • Langkawi: 9:00AM – 8:00PM (pesanan terakhir 7:30PM)
  • Muar: 9:00AM – 8:00PM (pesanan terakhir 7:30PM)
  • Batu Pahat: 9:00AM – 8:00PM (pesanan terakhir 7:30PM)
  • Kuala Terengganu: 9:00AM – 6:00PM (pesanan terakhir 5:30PM)
  • Kota Bharu: 9:00AM – 7:00PM (pesanan terakhir 6:30PM)
  • Kuantan: 9:00AM – 7:00PM (pesanan terakhir 6:30PM)

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.grab.com/my/outserving-malaysians-in-uncertain-times-bm/

https://www.grab.com/my/outserving-malaysians-in-uncertain-times-bm/

Credit To : Grab, artikel asal https://www.grab.com/my/outserving-malaysians-in-uncertain-times-bm/


Daftar Pemandu Grab

#covid-19 #covid #grab #grabfoodcovid19 #waktusulit #stayhome #ordergrabfood #penghantarangrabfood