Penyata Pendapatan Grab

Semak Penyata Pendapatan Pemandu Grab Tahunan 2019

Grab dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa anda kini boleh menyemak dan memuat turun Penyata Pendapatan Tahunan Pemandu Grab 2019 daripada emel anda yang berdaftar dengan Grab! Berikut adalah contoh Penyata Tahunan Rakan-Pemandu:

Penyata Tahunan Pemandu Grab

Sebagai Pemandu Grab, anda boleh melaporkan kesemuan pendapatan Grab anda kepada LHDN untuk tujuan pengisytiharan cukai pendapatan melalui Borang B. Jika anda ingin mengistiharkan pendapatan Grab anda, sila rujuk kepada Penyata Tahunan Pemandu Grab 2019 dan masukkan jumlah pendapatan bersih 2019 di dalam ruang pendapatan di dalam Borang B (Punca Pendapatan Perniagaan/Pekerja Berpengetahuan atau Berkepakaran).

Anda boleh membuat tuntutan untuk perbelanjaan berikut:

  1. Kos petrol
  2. Pembaikan dan penyelenggaran kereta
  3. Faedah pinjaman kereta
  4. Zakat
  5. Elaun lain di bawah perniagaan dan pendapatan individu

Soalan Lazim

Bagaimanakah saya akan menerima Penyata Tahunan Pemandu Grab 2019 ?

Anda akan menerima Penyata Tahunan Rakan-Pemandu untuk pendapatan 2019 melalui emel anda yang berdaftar dengan Grab.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak menerima Penyata Tahunan Pemandu Grab 2019?

Sila semak bahagian spam/junk sekiranya anda tidak menjumpai Penyata Tahunan Rakan-Pemandu dalam peti masuk (inbox) emel anda.

Saya belum pernah mengisytiharkan sebarang pendapatan saya sebagai rakan-pemandu Grab SEBELUM tahun taksiran 2019. Apakah yang perlu saya lakukan?

Untuk tahun taksiran 2013 sehingga 2018, anda boleh melaporkan kesemua pendapatan Grab anda secara online melalui Borang B atau di pejabat LHDN yang terdekat, berdasarkan anggaran pendapatan dan perbelanjaan anda di bawah Program Khas untuk Pengakuan Sukarela sebelum 30 Jun 2020.

Anda juga digalakkan untuk mengisytiharkan pendapatan Grab anda untuk tahun-tahun tersebut walaupun pendapatan bersih bulanan anda kurang daripada RM4,000.

Apa itu Program Khas untuk Pengakuan Sukarela?

Program khas ini merupakan salah satu usaha kerajaan dalam melakukan reformasi percukaian bagi menggalakkan pembayar cukai untuk mengisytiharkan pendapatan mereka secara sukarela bagi meningkatkan kutipan cukai untuk pembangunan negara. Pengakuan sukarela ini merangkumi perkara berikut:

  1. Pendapatan yang belum dilaporkan/ perbelanjaan terlebih tuntut / perbelanjaan yang tidak dibenarkan dan pelepasan / potongan / rebat terlebih tuntut
  2. Laporan keuntungan pelupusan aset (harta tanah dan saham dalam syarikat harta tanah)
  3. Penyeteman surat cara yang belum disetem

Saya adalah seorang rakan-pemandu sambilan yang telah memfailkan cukai  pada tahun yang sebelumnya untuk taksiran. Adakah saya masih boleh mengisytiharkan pendapatan Grab saya?

Ya, anda hanya perlu menghantar surat pendapatan bersih yang anda ingin isytihar di pejabat LHDN.

1 thought on “Penyata Pendapatan Grab”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares