REGISTER GRAB DRIVER

Dasar Privasi

I. SIAPA KAMI?

Laman web kami: https://grab-malaysia.com.my.

II. PENGUMPULAN DATA PERIBADI

Kami mengumpul Data Peribadi tentang anda melalui cara-cara yang disenaraikan di bawah. Kami juga mungkin menggabungkan Data Peribadi yang dikumpul dengan Data Peribadi lain dalam simpanan kami.

Anda memberikan Data Peribadi anda kepada kami

Kami mengumpul Data Peribadi anda apabila anda memberikannya kepada kami secara sukarela. Sebagai contoh, anda memberikan Data Peribadi anda
kepada kami apabila anda:

  • mengisi profil pengguna atau borang pendaftaran;
  • memberikan maklumat untuk menilai kelayakan anda untuk membekalkan perkhidmatan sebagai rakan kongsi pemandu atau rakan kongsi penghantaran Grab;
  • berinteraksi dengan halaman-halaman media sosial kami;
  • mengambil bahagian dalam pertandingan atau acara yang dianjurkan oleh kami;
  • mengisi maklumat demografi dalam kaji ataun soal selidik.

Apabila Perkhidmatan kami digunakan

Data Peribadi mungkin dikumpul melalui operasi biasa Perkhidmatan kami. Beberapa contoh adalah:

  • maklum balas, penarafan dan pujian;
  • maklumat transaksi (seperti kaedah pembayaran dan jarak perjalanan);
  • maklumat mengenai bagaimana anda berinteraksi dengan Perkhidmatan kami (seperti ciri-ciri yang digunakan dan kandungan yang dilihat);
  • maklumat peranti (seperti model perkakasan dan nombor siri, alamat IP, nama dan versi fail dan pengenal iklan; atau apa-apa maklumat yang boleh memberi indikasi pengubahsuaian peranti atau aplikasi); dan
  • data peribadi yang anda masukkan dalam mesej apabila anda menggunakan ciri-ciri komunikasi dalam Aplikasi kami.

Dari sumber-sumber lain

Apabila kami mengumpul Data Peribadi daripada sumber-sumber lain, kami memastikan bahawa data tersebut dipindahkan kepada kami mengikut undang-undang yang terpakai. Sumber-sumber tersebut termasuk:

  • pembekal insurans dan kewangan;
  • sumber data awam;
  • sumber data kerajaan;
  • apabila pengguna kami memberikan maklumat anda sebagai orang hubungan kecemasan; dan
  • pembekal atau rakan kongsi perkhidmatan pemasaran.

Data Peribadi mengenai rakan kongsi pemandu

Jika anda seorang rakan kongsi pemandu, kami mungkin mengumpul:

  • data pendaftaran kenderaan anda.

Data Peribadi Sensitif

Sebahagian maklumat yang kami kumpul mungkin bersifat sensitif. Ini termasuklah maklumat seperti bangsa, dan kesihatan atau kepercayaan agama anda. Kami hanya mengumpul maklumat ini apabila diperlukan untuk mematuhi keperluan perundangan atau peraturan.

Data peribadi individu bawah umur

Sekiranya Data Peribadi individu bawah umur (iaitu, individu di bawah umur 18 tahun) dizahirkan kepada Grab, anda dengan ini bersetuju dan membenarkan pemprosesan Data Peribadi tersebut sebagai ibu bapa atau penjaga sah individu bawah umur tersebut (atau bersetuju untuk mendapatkan persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga sah inidividu bawah umur tersebut) dan seterusnya menerima dan memberi persetujuan untuk terikat dengan Dasar ini dan bertanggungjawab atas tindakan individu tersebut.

Sekiranya anda adalah individu bawah umur tetapi ingin memberi data peribadi anda kepada Grab, anda bersetuju dan mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan persetujuan ibu bapa atau penjaga sah anda untuk terikat kepada Dasar ini terlebih dahulu.

Apabila anda memberikan data peribadi individu lain kepada kami

Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin memberikan Data Peribadi individu-individu lain (seperti pasangan, ahli keluarga atau rakan)
kepada kami. Sebagai contoh, anda mungkin memberikan maklumat mereka sebagai orang hubungan kecemasan anda. Sekiranya anda memberi Data Peribadi mereka kepada kami, anda mewakili dan menjamin bahawa anda telah memperolehi persetujuan mereka supaya Data Peribadi mereka dikumpulkan, digunakan, diproses dan dizahirkan seperti yang dinyatakan dalam Dasar ini.

IIIPENGGUNAAN DATA PERIBADI

Alpha Grab mungkin menggunakan, menggabungkan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut (“Tujuan“).

Membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan dan ciri-ciri

Data Peribadi Anda akan digunakan untuk membekalkan, memperibadikan, mengekalkan dan menambah baik Perkhidmatan kami. Ini termasuklah penggunaan Data Peribadi anda untuk:

  • memberikan anda Perkhidmatan merentasi pelbagai perniagaan kami;
  • melibatkan diri anda untuk membekalkan Perkhidmatan;
  • mencipta, mentadbir dan mengemas kini akaun anda;
  • mengesahkan identiti anda;
  • menawarkan, mendapatkan, membekalkan atau memudahkan solusi insurans atau kewangan;
  • melaksanakan operasi dalaman yang diperlukan untuk membekalkan Perkhidmatan kami, termasuk penyelesaian masalah ralat perisian dan masalah operasi, menjalankan analisis data, pengujian dan penyelidikan, memantau dan menganalisis penggunaan dan trend aktiviti;
  • proses, mengurus atau mengesahkan permohonan promosi, ganjaran dan langganan anda dengan Grab;
  • membolehkan rakan kongsi kami mengurus dan memperuntukkan sumber-sumber fleet.

Keselamatan

Kami menggunakan Data Peribadi anda untuk memastikan keselamatan Perkhidmatan kami dan semua pengguna. Ini termasuk:

  • pemeriksaan pemandu dan rakan kongsi penghantaran sebelum membolehkan penggunaan Perkhidmatan kami;
  • memantau pematuhan dengan terma dan syarat kami, dasar-dasar kami dan Tatakelakuan Pemandu kami (Driver’s Code of Conduct); dan
  • mengesan, mencegah dan mendakwa jenayah.

Sokongan pengguna

Kami menggunakan Data Peribadi untuk menyelesaikan isu-isu sokongan pengguna. Sebagai contoh, kami mungkin:

  • menyiasat dan menangani kebimbangan anda;
  • memantau dan menambah baik respons sokongan pengguna kami;
  • menjawab soalan, komen dan maklum balas; dan
  • memaklumkan anda mengenai langkah-langkah yang diambil untuk menyelesaikan isu-isu sokongan pengguna.

Penyelidikan dan pembangunan dan keselamatan

Kami juga mungkin menggunakan Data Peribadi yang kami kumpulkan untuk ujian, penyelidikan, analisis dan pembangunan produk. Ini membolehkan kami memahami dan menganalisis keperluan dan keutamaan anda, melindungi data peribadi anda, memperbaiki dan menambah baik keselamatan perkhidmatan kami, membangunkan ciri-ciri baharu, produk dan perkhidmatan, dan memudahkan solusi insurans dan kewangan.

Tujuan undang-undang

Kami mungkin menggunakan Data Peribadi yang kami kumpulkan untuk menyiasat dan menyelesaikan tuntutan atau pertikaian, atau sebagaimana yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai.

Kami juga mungkin menggunakan Data Peribadi anda apabila kami dikehendaki, dinasihatkan, disyorkan, dijangka atau diminta berbuat demikian oleh penasihat undang-undang kami atau mana-mana pihak berkuasa perundangan, pihak berkuasa, kerajaan atau pihak berkuasa tempatan atau asing.

Sebagai contoh, kami boleh menggunakan Data Peribadi anda untuk:

  • mematuhi perintah mahkamah atau keperluan undang-undang, kerajaan atau peraturan lain;
  • menguatkuasakan Syarat Perkhidmatan kami atau perjanjian lain; dan
  • melindungi hak atau harta kami sekiranya berlaku tuntutan atau pertikaian.

Kami juga mungkin menggunakan Data Peribadi anda berkaitan dengan penggabungan, pengambilalihan, usaha sama, penjualan aset syarikat, penyatuan, penstrukturan semula, pembiayaan, transaksi aset perniagaan, atau pengambilalihan semua atau sebahagian daripada perniagaan kami oleh syarikat lain.

IV. PENZAHIRAN DATA PERIBADI

Kami perlu berkongsi Data Peribadi dengan pelbagai pihak untuk Tujuan. Pihak-pihak ini termasuk:

Pengguna lain

Sebagai contoh, jika anda seorang penumpang, kami mungkin berkongsi lokasi pick-up dan drop-off anda dengan pemandu.

Dengan pemilik akaun Grab yang anda mungkin guna

Sebagai contoh, majikan anda mungkin menerima data perjalanan anda apabila anda  menggunakan akaun ‘Grab for Business’ majikan anda.

Dengan anak-anak syarikat dan syarikat bersekutu

 Kami berkongsi Data Peribadi dengan subsidiari kami, syarikat bersekutu, dan entiti kawalan bersama.

Dengan pembekal perkhidmatan dan rakan kongsi perniagaan Grab

Kami mungkin membekalkan Data Peribadi kepada vendor, perunding, rakan kongsi pemasaran, firma penyelidikan, dan pembekal perkhidmatan atau rakan kongsi perniagaan kami. Ini termasuk:

  • pemproses dan fasilitator pembayaran;
  • pembekal perkhidmatan pemeriksaan latar belakang dan anti-pengubahan wang haram;
  • pembekal simpanan dalam awan;
  • rakan kongsi pemasaran dan pembekal platform pemasaran;
  • pembekal analisis data;
  • rakan kongsi penyelidikan, termasuk yang menjalankan tinjauan atau projek penyelidikan dengan kerjasama Grab atau atas pihak Grab;
  • rakan kongsi fleet dan rakan kongsi perdagangan;
  • rakan kongsi insurans dan kewangan; dan
  • rakan kongsi solusi-solusi kenderaan, vendor atau pembekal kenderaan pihak ketiga.

Dengan penasihat undang-undang dan pihak berkuasa kerajaan

Kami mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan penasihat undang-undang kami, pegawai penguatkuasa undang-undang, pihak berkuasa kerajaan dan pihak ketiga yang berkenaan. Ini mungkin berlaku untuk memenuhi tujuan undang-undang (seperti yang disebutkan di atas), atau dalam mana-mana keadaan berikut:

  • di mana terdapatnya keperluan untuk bertindak balas terhadap kecemasan yang mengancam kehidupan, kesihatan atau keselamatan seseorang;
  • di mana perkongsian tersebut adalah demi kepentingan awam (seperti contoh, dalam krisis kesihatan awam, untuk tujuan pengesanan hubungan dan perlindungan masyarakat kita)
 

V. PENGEKALAN DATA PERIBADI

Kami mengekalkan Data Peribadi anda selagi anda mengekalkan akaun Grab anda. Apabila Data Peribadi anda tidak lagi diperlukan untuk Perkhidmatan atau Tujuan, atau kami tidak lagi mempunyai keperluan di bawah undang-undang atau keperluan perniagaan untuk mengekalkan Data Peribadi anda, kami mengambil langkah-langkah untuk memusnahkan atau menghapuskan secara kekal penggunaan Data Peribadi tersebut untuk sebarang tujuan selain daripada bagi tujuan pematuhan dengan undang-undang, dasar privasi ini, atau untuk tujuan keselamatan, pencegahan dan pengesanan penipuan.

VI. KUKI DAN PENGIKLANAN PADA PLATFORM PIHAK KETIGA

Grab, dan rakan kongsi pihak ketiga kami, mungkin menggunakan kuki, suar web, tag, skrip, objek kongsi tempatan seperti HTML5 dan Flash (kadangkala dipanggil “kuki flash“), pengenal pengiklanan (termasuk pengecam mudah alih seperti IDFA Apple atau ID Pengiklan Google) dan teknologi yang serupa (“Kuki“) yang berkaitan dengan penggunaan Laman Web dan Aplikasi oleh anda. Kuki mungkin mempunyai pengecam unik, dan mungkin berada di dalam komputer atau peranti mudah alih anda, dalam e-mel yang kami hantar kepada anda dan di laman web kami. Kuki boleh menghantar Data Peribadi tentang anda dan penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda, seperti jenis pelayar anda, pilihan carian, alamat IP, data yang berkaitan dengan iklan yang telah dipaparkan kepada anda atau yang telah anda klik, serta tarikh dan masa penggunaan anda. Kuki mungkin persisten atau disimpan hanya semasa sesi individu.

Grab mungkin membenarkan pihak ketiga menggunakan Kuki di Laman Web dan Aplikasi untuk mengumpul jenis Data Peribadi yang sama untuk tujuan yang sama seperti Grab. Pihak ketiga mungkin dapat mengaitkan Data Peribadi yang mereka kumpulkan dengan Data Peribadi lain yang mereka mempunyai mengenai anda dari sumber lain. Kami tidak semestinya mempunyai akses kepada atau mengawal Kuki yang mereka gunakan.

Di samping itu, kami mungkin berkongsi Data Peribadi yang tidak mengenal pasti anda dengan pihak ketiga, seperti data lokasi, pengenal pengiklanan, atau hash kriptografi pengenal akaun umum (seperti alamat e-mel), untuk memudahkan paparan pengiklanan yang disasarkan pada platform pihak ketiga.

Sekiranya anda tidak ingin Data Peribadi anda dikumpulkan melalui Kuki di Laman Web, anda boleh menyahaktifkan kuki dengan menukar tetapan pelayar internet anda untuk mengelak, menyekat atau menyahaktifkan kuki, dengan menghapus sejarah pelayaran anda dan melupuskan cache dari pelayar internet anda. Anda juga mungkin dapat mengehadkan perkongsian sebahagian Data Peribadi oleh kami ini melalui Aplikasi anda (Tetapan> Privasi>Iklan) dan tetapan peranti mudah alih anda.

VII. PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Kami akan mengambil langkah-langkah sah, organisasi dan teknikal yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi anda dilindungi. Ini termasuk langkah-langkah untuk mencegah kehilangan data, atau data tersebut daripada digunakan atau diakses dengan cara yang tidak dibenarkan. Kami menghadkan akses kepada data peribadi anda daripada kakitangan kami dengan asas “keperluan untuk mengetahui”. Mereka yang memproses data peribadi anda hanya akan melakukannya secara sah dan dikehendaki untuk mengendali maklumat anda secara rahsia.

Walau bagaimanapun, sila faham bahawa penghantaran maklumat melalui internet tidak sepenuhnya selamat. Walaupun kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi data peribadi anda, kami tidak dapat menjamin keselamatan data anda yang ditransmisikan melalui sebarang cara dalam talian, oleh itu, sebarang penghantaran tetap pada risiko anda sendiri.

VIII. PINDAAN DAN KEMAS KINI

Kami berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma Dasar ini pada bila-bila masa dengan memuat naik Dasar yang telah dikemas kini di Laman Web. Dengan menggunakan Perkhidmatan kami secara berterusan selepas muat naik tersebut, membeli produk dari Grab atau terus berkomunikasi atau terlibat dengan Grab berikutan pengubahsuaian, kemas kini atau pindaan kepada Dasar ini, anda menandakan penerimaan anda terhadap pengubahsuaian, kemas kini atau pindaan tersebut.

IX. MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan yang berkaitan dengan Data Peribadi anda, ingin membuat permintaan untuk mengakses atau membetulkan Data Peribadi anda, atau ingin menarik balik persetujuan anda berkenaan dengan Data Peribadi yang diproses oleh kami, sila hubungi:

Office Grab Authorised Alpha Driver

NO 4-1, PUSAT PERNIAGAAN DANAU LUMAYAN, JALAN DANAU LUMAYAN 1, BANDAR SRI PERMAISURI CHERAS, 56000 KUALA LUMPUR

Contact No.: +6011-5050 3535

Asal Dasar Privasi ini ditulis dalam bahasa Inggeris. Sekiranya berlaku sebarang konflik antara versi Bahasa Inggeris dan bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.