REGISTER GRAB DRIVER

Lesen PSV Grab

Apakah itu Lesen PSV Grab?

PSV adalah short form kepada Public Service Vehicle. Lesen ini adalah wajib jika anda mengambil penumpang atau barangan yang berbayar atau lebih mudah dikenali sebagai Lesen Teksi, Lesen Bas.

Adakah Lesen PSV Grab wajib untuk diambil sebelum mendaftar Grab?

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan bahawa pemandu atau bakal pemandu perkhidmatan e-hailing (seperti Grab, MyCar, MULA) perlu memiliki Lesen Vokasional (PSV-Teksi/E-hailing) berkuatkuasa 12 Oktober 2019

 Ia selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 56, Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987). Ini untuk meletakkan pemandu E-hailing setara dengan pemandu perkhidmatan Teksi, yang bertindak sebagai penyedia kenderaan perkhidmatan awam. Pemandu akan menerima kad fizikal lesen vokasional yang baharu.Pemohon Lesen Vokasional ini boleh mendaftar di Institut Memandu dan Pusat Latihan Memandu yang diiktiraf oleh JPJ, bermula 1 April 2019. Modul latihan Lesen Vokasional yang terlibat adalah selama 6 jam dengan kadar yuran maksima ditetapkan kerajaan pada RM200

Lesen PSV
Proposal SPAD 2018

Bilakah undang-undang PSV akan dilaksanakan terhadap pemandu E-hailing?

Secara Rasminya, 11hb Oktober 2019 adalah hari terakhir dari Menteri Kementerian Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Perhatian: April 2019, Grab telah mengumumkan bahawa Lesen PSV Grab adalah wajib mulai 12hb Julai 2019. Check post di bawah cara memohon dan apa beza dengan PSV teksi biasa.

Perlukah anda mengambil Lesen PSV sekarang untuk mengelakkan huru-hara pada bulan Jun/Julai nanti?

Pada pendapat saya, kalau anda ingin menambah alternatif selain dari hanya memandu Grab, anda boleh mengambil lesen PSV, sebab anda boleh menceburi kerjaya dalam memandu teksi dan bas pada masa depan.

Bolehkah anda mendaftar Grab sekarang tanpa Lesen PSV?

Boleh tetapi sehingga 12 Oktober 2019 sahaja anda boleh pandu tanpa PSV. Anda masih boleh mendaftar tanpa perlu mengambil lesen PSV. Rujuk post di bawah cara mendaftar Grab tanpa perlu hadir ke HQ dan dapatkan kredit percuma RM20 hari ini.

[UPDATE JAN 2020] Cara Memohon Grab EVP Dan Claim Subsidi Dari Grab

  • Hantar lesen PSV yang anda dapatkan daripada lesen PSV untuk bayaran balik di borang-borang berikut:
  1. Pemandu Baru Daftar – (https://register.grab.com/my)
  2. Rakan-pemandu SEDIA ADA semenanjung Malaysia  – (https://grb.to/pakejpikul)
  3. Pemandu GRABCAR SARAWAK– (https://grb.to/borneo)
  4. Pemandu GRAB SABAH – (https://grb.to/Sabah)

Cara mudah mendapatkan lesen PSV E-Hailing – Melalui Grab, Mycar, Dacsee,ZeppOn & Institut Memandu klik disini

Daftar sebelum 31 Mac dan nikmati RM500!