Tentang Kami

Grab Authorized Alpha Driver


Kami dikenali sebagai Grab Authorized Alpha Driver yang telah melalui satu proses pemilihan di bawah satu projek yang dinamakan sebagai Projek Alpha setelah berjaya memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Grab Malaysia.

Visi kami ingin membantu seramai yang mungkin untuk mendapat manfaat daripada teknologi dan industri E-hailing yang sedang berkembang pesat di Malaysia dengan menjadi Pemandu Grab.

Kami bertanggungjawab untuk membantu menguruskan pendaftaran pemandu-pemandu baru melalui kaedah perkongsian maklumat dan latihan sehingga pemandu baru berupaya menjana pendapatan yang diinginkan melalui aplikasi Grab Driver.

Melalui Grab Authorized Alpha Driver, pemandu baru boleh menyemak kelayakkan dan melengkapkan permohonan melalui laman sesawang ini dengan mudah dan perlu melalui beberapa fasa yang telah diselaraskan selari dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Grab Malaysia.

Kami juga membantu pemandu baru untuk memenuhi syarat peraturan E-Hailing yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.