Cara-Cara Memasang Beg GrabFood Rider
Cara-Cara Memasang Beg GrabFood Rider. Hi Semua! Di sini kami menyediakan cara-cara untuk memasang beg GrabFood V4AD supaya anda lebih faham dan jelas untuk memasangnya dengan mudah dan kemas. Anda boleh lihat langkah demi langkah beserta gambar ketika memasang beg tersebut dibawah. Jika anda tidak faham juga, anda boleh melihat video yang kami sertakan untuk penjelasan yang lebih mudah dan ringkas.
12 langkah memasang beg GrabFood V4AD:

1. Beg dibuka terlebih dahulu

2. Masukkan papan PP yang berukuran lebih besar ke dalam beg

3. Masukkan papan PP ke dalam beg begini

4. NOTA: Jumlah tiub fiberglass ialah 12 unit & 8 unit penyambung

5. Pasangkan tiub yang pendek

6. Diikuti dengan tiub yang panjang

7. Masukkan struktur fiberglass kedalam beg

8. Pasangkan kesemua velcro (pelekat)

9. Masukkan papan PP yang kecil ke dalam penutup

10. Masukkan pemegang minuman ke dalam beg

11. Akhir sekali, pasangkan pemisah

12. Beg sedia digunakan
Video pemasangan beg GrabFood V4AD:
Ingin Menjadi Seorang GrabFood Rider?

Jika anda tak pandai daftar secara online, anda boleh walk in ke ofis kami untuk kami bantu mendaftarkan untuk anda. Hanya perlu bawa kad pengenalan, lesen memandu kelas B dan cukai jalan (RoadTax) motosikal yang ingin digunakan. Anda boleh cari kami di Grab Hub Cheras menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps atau anda boleh tekan je maps dibawah untuk dapatkan tunjuk arah ke ofis kami.