CARA-CARA MENUNTUT INSURANS SEKIRANYA BERLAKU KEMALANGAN
Cara-cara menuntut insurans sekiranya anda terlibat dalam kemalangan ketika sedang bekerja sebagai Grab Rider atau Grab Driver. Kami sertakan cara-cara sekiranya anda tidak tahu bagaimana nak menuntut di insurans kenderaan anda.
1. Langkah Pertama
Anda diminta untuk menelefon (call) pihak Grab di “Help Centre” dan maklumkan yang anda terlibat dalam kemalangan. Setelah dimaklumkan, pihak Grab akan hantar Emel kepada anda borang tuntutan seperti dibawah.

2. Langkah Kedua
Selepas itu, anda diminta untuk menyediakan semua dokumen yang diperlukan untuk membuat sebarang tuntutan. Boleh semak dokumen apa yang diperlukan untuk membuat tuntutan di sini.
3. Langkah Ketiga
Anda diminta untuk isi borang tuntutan daripada pihak insurans anda. Boleh lihat contoh di sini.
4. Lengkah Keempat
Seterusnya, anda kena lengkapkan borang dan dokumen lain seperti laporan polis, resit original hospital dan lain-lain.

Nota: Sekiranya anda ingin menuntut PERKESO, anda hanya boleh menuntut sekiranya anda membuat caruman di PERKESO.