REGISTER GRAB DRIVER

Cara mudah mendapatkan lesen PSV E-Hailing – Melalui Grab, Mycar, Dacsee,ZeppOn & Institut Memandu

Lesen PSV E-Hailing

Kementerian Pengangkutan Malaysia telah mewajibkan semua pemandu perkhidmatan (E-Hailing) seperti Grab perlu mendaftar lesen psv e-hailing (Public Service Vehicle) seperti pemandu teksi.

Cara buat lesen PSV E-Hailing di Malaysia mudah sahaja. Bermula 12 Oktober 2019, kerajaan mewajibkan pemandu ehailing grab, mycar, dacsee dan lain-lain mempunyai lesen PSV untuk menjadi pemandu ehailing. Lesen psv ni boleh satu sahaja dan boleh guna untuk semua ehailing, tak perlu buat lebih dari satu. Bagaimana cara buat lesen psv ni?

Grab, Mycar, Dacsee, Zepp On ( antara syarikat ehailing di Malaysia ) telah memberikan diskaun kepada pemandu masing-masing untuk mengambil psv Memandangkan tarikh kuatkuasa telah bermula 12oktober 2019, pendaftaran baru pemandu Grab, pemandu Mycar , pemandu Dacsee dan pemandu Zepp On  seeloknya telah siap sedia dengan lessen psv sebelum mendaftar.

Apa Itu Lesen Psv E-Hailing?

psv e-hailing adalah lesen memandu vokasional yang membenarkan pemegang lesen, memandu kenderaan awam seperti teksi
.Bermula 12 Oktober 2019 semua pemandu grab kini diwajibkan untuk mempunyai lesen psv.
contoh lesen psv e-hailing

Syarat untuk ambil Lesen Psv E-Hailing?

• Memiliki Lesen Memandu CDL (D) & (DA)
• Umur Kelayakan 21 Tahun ke-atas
• Warganegara Malaysia
• Sihat Tubuh Badan

Dokumen Yang Diperlukan untuk proses permohonan Lesen Psv E-Hailing?

• Salinan kad pengenalan
• Salinan lesen memandu
• 1 Keping gambar (berlatar belakang putih)
• Borang JPJ L8A (yang telah disahkan doktor)
• Resit rasmi klinik

Proses untuk mendapatkan lesen psv terbahagi kepada 2 bahagian

• Kursus teori 6 jam
• Ujian bertulis 60 soalan dan syaratLulus 48 /60
lesen psv e-hailing

Bagaimanakah Cara Untuk Mendapatkan Lesen Psv E-Hailing?

Ada 5 cara anda boleh memohon Lesen Psv E-Hailing ini dengan berserta tempat lesen psv harga yg berpatutan

1) Pertama untuk penduduk Sekitar Kawasan Petaling Jaya anda boleh mendapatkan lesen psv grab ini melalui GRAB sendiri dengan bayaran harga lesen psv Grab serendah rm 80 untuk kelas teori dan ujian psv.(termasuk percuma pemeriksaan kesihatan). Selain itu makanan dan minuman juga turut di sediakan oleh pihak Grab.
Daftar Lesen PSV Grab

2) Kedua selain Grab anda juga boleh mendapatkan lesen psv murah ini melalui DACSEE dengan bayaran harga lesen psv serendah RM58 sahaja untuk kelas teori dan ujian (tidak termasuk yuran pemeriksaan kesihatan). Kepada yang tinggal berdekatan denga kawasan Puchong  Digalakan untuk mendaftarkan perlesenan PSV di sini.
Daftar Lesen PSV Dacsee

3) Ketiga bagi pemandu yang tinggal di kawasan Kota Damansara anda boleh mendapatkan lesen psv murah ini melalui ZEPP ON dengan bayaran serendah RM70 sahaja untuk kelas teori dan ujian (tidak termasuk yuran pemeriksaan kesihatan) Kelebihan mendaftar PSV disini sesuai untuk Partime driver yang mempunyai kekangan masa untuk hadir Kelas Teori pada hari Biasa kerana Zepp On menawarkan kelas pada hari Minggu.
Daftar Lesen PSV Zepp On

4) Keempat seperti sedia maklum Pihak MYCAR telah mengumumkan harga baru untuk pendaftaran PSV dengan bayaran serendah rm75 sahaja untuk kelas teori dan ujian (tidak termasuk yuran pemeriksaan kesihatan). Digalakkan untuk mereka yang tinggal dikawasan yang berdekatan Setia Alam untuk mendaftar PSV disini.
Daftar Lesen PSV Mycar

5) Kelima anda boleh memohon perlesenan psv melalui institut memandu yang berhampiran tempat tinggal anda dengan bayaran harga lesen psv rm200-rm300 bergantung pada institut berkenaan termasuk kelas teori dan ujian. Untuk makluman kos tersebut tidak termasuk untuk bayaran harga pemeriksaan kesihatan.
Daftar Lesen PSV di Institut Memandu

6) Khas untuk bakal pemandu grab di Johor Bahru yang ingin mendaftar perlesenan PSV dengan harga yang munasabah dan cepat . Sila klik dan baca cara lengkap yang sangat mudah panduan yang di berikan kepada anda untuk memiliki lesen PSV
Daftar Lesen PSV di Institut Memandu Johor Bahru

Proses Permohonan “Kad PSV” di Kaunter JPJ

  1. Permohonan boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ Negeri dan Cawangan sahaja.
  2. PERKARA YANG PERLU DIBAWA SEMASA DI KAUNTER JPJ
  • KAD PENGENALAN – ASAL
  • Salinan IC
  • Salinan Lesen Memandu
  • Borang Medical JPJL8A
  • RESIT Medical Checkup – ASLI
  • Gambar ukuran 25mm x 32mm (Latarbelakang putih) – 2 keping & Tulis nombor kad pengenalan di belakang gambar
  • Salinan pendaftaran mysikap
  • Salinan JPJL2C