Kesedaran Berkenaan PERKESO (SOCSO) Bagi Grab Rider Dan Grab Driver
Penting ke ambil Perkeso (SOCSO) ni? Keselamatan adalah penting untuk diri kita. Lagi-lagi sesiapa yang bekerja bukan di ofis seperti construction, Rider delviery, E-hailing dan sebagainya. Jika kita terbabit kemalangan, Perkeso adalah antara platform terbaik untuk kita dilindungi dan membuat sebarang tuntutan. Bagi yang bekerja di setiap syarikat, syarikat biasanya akan mencarum sekaligus dengan KWSP untuk pekerja mereka.
Tetapi untuk Rider delivery atau Driver E-hailing, mereka perlu mencarum sendiri bagi memastikan mereka dilindungi. Sekiranya berlaku kemalangan terhadap diri mereka ketika bekerja, mereka dapat menuntut di Perkeso.
Harga Perkeso untuk mereka bergelar rider delivery dan Driver E-hailing seperti Grab Rider dan Grab Driver adalah sebanyak RM46.60 setahun, lebih kurang 15 sen SEHARI. lagi 80% itu akan dibiayai oleh pihak kerajaan. Harga yang berpatutan dan tidak mahal untuk mereka, pendapatan sehari dah boleh bayar untuk Perkeso setahun.
Adakah berbaloi untuk anda? Adakah anda yakin anda tidak akan terlibat dengan kemalangan? Kita minta dijauhkan tetapi sekurangnya kita bersedia untuk melindungi diri daripada perkara yang tidak diinginkan.
Viedo dibawah menunjukkan penjelasan ringkas untuk Rider dan Driver diluar sana.
Kesimpulannya, Perkeso adalah salah satu platform yang bagus dan murah untuk anda lindungi diri anda daripada kemalangan. Dengan adanya perlindungan Perkeso, anda boleh membuat tuntutan sekiranya anda terlibat dengan kemalangan ketika anda bekerja sebagai Grab Rider atau Grab Driver.
Nak Daftar Sebagai Rider Atau Driver?
Tak Pandai Daftar Online?
Jika anda tak pandai daftar secara online, anda boleh walk in ke ofis kami untuk kami bantu mendaftarkan untuk anda. Anda boleh cari kami di Grab Hub Cheras menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps atau anda boleh tekan je maps dibawah untuk dapatkan tunjuk arah ke ofis kami.