Grab Food Kit Rider

Grab Food kit yang anda akan dapati. Selepas akaun anda sudah diaktifkan dan anda boleh mulakan pekerjaan anda sebagai Rider, anda diminta untuk datang ke Grab Driver Centre (GDC) atau hub berdekatan anda untuk mengambil kit permulaan anda sebagai Rider. Dibawah adalah senarai kit yang akan anda dapati untuk memulakan kerja.
Senarai Kit:-
- Beg GrabFood V4AD (cara memasang -> https://grab-malaysia.com.my/cara-cara-memasang-beg-grabfood/)
- Beg Tote
- Baju Hujan
- Papan PP
Untuk anda mengambil kit tersebut, anda dinasihatkan untuk membawa topap bernilai RM150 untuk terima kit dan aktifkan aplikasi Grab Driver.
AMARAN: Sekiranya anda gagal untuk mengambil kit anda melebihi 6 bulan, akaun anda akan dibatalkan dan anda perlu mendaftar semula.
Video dibawah menunjukkan senarai kit yang akan anda terima dari Grab.
Ingin Mendaftar Sebagai GrabFood Rider?
Kriteria untuk menjadi seorang GrabFood Rider:-
- Berumur 18 tahun keatas
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai lesen memandu kelas B sekurangnya P
- Mempunyai kenderaan motosikal
- RoadTax masih hidup
- Bebas dari saman, kes mahkamah dan kes jenayah

Tak Pandai Daftar Online?
Jika anda tak pandai daftar secara online, anda boleh walk in ke ofis kami untuk kami bantu mendaftarkan untuk anda. Hanya perlu bawa kad pengenalan, lesen memandu kelas B dan cukai jalan (RoadTax) motosikal yang ingin digunakan. Anda boleh cari kami di Grab Hub Cheras menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps atau anda boleh tekan je maps dibawah untuk dapatkan tunjuk arah ke ofis kami.