Rider OKU Sertai Grab

Rider OKU Rider OKU Sertai Grab? Betul ke?
Jawapannya, boleh. Grab ada membuka peluang kepada anda seorang yang kelainan upaya untuk menjadi seorang rakan penghantar Grab. Ini kerana untuk meringankan beban dan memberi peluang kepada mereka yang OKU untuk menjana pendapatan sampingan atau tambahan. Ia juga memberi peluang kepada mereka untuk mendaftar sekiranya mereka tidak diterima untuk bekerja di syarikat yang tidak menerima OKU.
Grab juga tidak akan mengambil sebarang komisen daripada mereka kerana Grab menganggap mereka sebagai orang yang istimewa yang layak untuk menerima pendapatan bersih tanpa ditolak dari komisen.
Jadi, kepada rakan-rakan kita yang mempunyai kelainan upaya bolehlah untuk mendaftar sebagai rakan penghantar Grab (GrabFood Rider) atau rakan-pemandu Grab (GrabCar Driver) untuk menjana pendapatan tambahan untuk anda sekiranya anda mempunyai lesen memandu D atau B.
Kriteria untuk menjadi seorang GrabFood Rider untuk OKU:-
- Berumur 18 tahun keatas
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai lesen memandu kelas B sekurangnya P
- Mempunyai kad OKU
- Roadtax masih hidup
- Mempunyai kenderaan motosikal
Video dibawah adalah penjelasan dan dorongan kepada orang-orang OKU untuk menjadi seorang rider Grab.
Disclaimer: Video dibawah adalah hanya sekadar lakonan dan tiada niat untuk menganiaya mana-mana pihak.
Ingin menjadi seorang GrabFood Rider?

Tak Pandai Daftar Online?
Jika anda tak pandai daftar secara online, anda boleh walk in ke ofis kami untuk kami bantu mendaftarkan untuk anda. Hanya perlu bawa kad pengenalan, lesen memandu kelas B dan cukai jalan (RoadTax) motosikal yang ingin digunakan. Anda boleh cari kami di Grab Hub Cheras menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps atau anda boleh tekan je maps dibawah untuk dapatkan tunjuk arah ke ofis kami.